Santau

Hmmm……sorry kalau entry aku kali ni agak serius……mmg berniat nk serius pn….. :)
korang semua tau ape tu santau ?? memang…sangat bahaya…….salah satu tanda2 awal penyakit ni
bile :-
sesorang tu akan batuk2 tanpa henti dlm tempoh yg lame…..
walaupun dah amek mcm2 ubat batuk, tapi still batuk…..

kalau ade tanda2 ni kat korang2, cepat2 la pergi berubat…k…..
Ni aku attached ckit maklumat pasal penyakit santau nih…

KAEDAH MUDAH MENGESAN SANTAU

Santau, guna-guna, tuju adalah cara halus yang digunakan oleh seseorang untuk mencelekakan orang yang dibenci, dengki dan menguji ilmu. Cara halus ini kebiasaannya ada hubungkait dengan jin yang jahat.

Mengikut Prof.Dr.Hj.Shahrin Abd Rahman pemilik Mind Gym Dev & Training Centre dan Qalbun Salim Healing Centre “Santau biasanya menggunakan unsur alam sebagai perantaraan seperti angin, air, tanah dan api. Kerana kemajuan teknologi dewasa ini, foto seseorang, benda yang pernah dipakai, data diri bahkan melalui teknologi terkini seperti sms, email, mms akan digunakan untuk mencelakakan seseorang”.

Sudah ramai mangsa yang jatuh akibat dari perbuatan jahat ini. Orang yang terkena santau, guna-guna, tuju ada setengahnya menderita seumur hidup, menjadi cacat zahir mahupun jiwa bahkan banyak yang mati akibat dari perbuatan terkutuk ini. Masalah yang menimbulkan kebencian kadangkalanya bukan besar sangat cuma kecil bahkan tidak dikirakan masalah. Tetapi oleh kerana diri sudah dikuasai iblis dan syaitan, maka musuhnya tidak takut dan ragu-ragu untuk menyantau mangsa.

“Cara menyantau banyak dilakukan seseorang dengan meminta bantuan pakar ilmu hitam, mendatangi kubur-kubur yang dikuasai syaitan atau melakukan sendiri. Yang pentingnya, mangsa akan terima padahnya secara ghaib” ujar Prof.Dr.Hj.Shahrin.

Jadi bagaimanakah caranya untuk menghindar atau mengelak dari terkena perbuatan terkutuk ini? “Pada kebiasaannya, orang yang menerima serangan santau akan mendapat firasat yang tidak baik seperti mimpi buruk atau gerak rasa yang mengisyaratkan bahawa sesuatu perkara buruk akan menimpanya” tegas Prof.Dr.Hj.Shahrin. Kalau sudah mendapat firasat tersebut, apakah yang harus dilakukan? Adakah harus berserah begitu sahaja?

Sebagai manusia yang diberi akal fikiran tidaklah baik dengan hanya berserah sahaja bila mengetahui perbuatan jahat akan menimpanya. Jalan yang baik adalah menyiapkan diri untuk mempertahankan dari serangan tersebut. Salah satu cara untuk mengesan santau mengikut kaedah yang disarankan oleh Prof.Dr.Hj.Shahrin adalah seperti berikut:

1. Sediakan telur ayam kampong 1 biji.
2. Sebuah baldi
3. Bunga 7 jenis
4. Kain putih satu meter
5. Kayu sepanjang satu meter

“Langkah pertama yang harus dilakukan ialah dengan mengisikan baldi dengan air lalu masukkan bunga 7 jenis dan telur ke dalamnya.

Kedua, bukalah 3 atau 4 keping atap sebelah kiri bahagian belakang. Lalu letakkan baldi yang mengandungi bunga dan telur di bawah atap yang terbuka itu. Letakkan baldi di atas kerusi atau meja.Yang penting nya biarlah tinggi. Kain putih digunakan sebagai alas baldi.

Ketiga, mohonlah kepada Allah SWT agar diberi petunjuk yang benar. Tinggalkan baldi di situ selama 7 hari 7 malam. Setelah 7 hari 7 malam, ambilah baldi tersebut dan bawalah keluar rumah dan diletakkan atas tanah. Ambillah kayu sepanjang 1 meter yang telah anda persiapkan lalu pukulah telur yang berada di dalam baldi.

Bila telur yang anda pukulkan itu masih berupa telur yang terdiri dari putih dan kuning, itu petanda anda tidak terkena santau atau sakit biasa sahaja tanpa ada pengaruh ghaib. Tetapi bila telur yang anda pukul itu mengeluarkan darah atau apa-apa kotoran maka bererti anda memang terkena serangan ilmu hitam atau santau yang membahayakan keselamatan anda.

Yang perlu diperhatikan, jangan memecahkan telur dengan tangan kerana dikhuatiri ilmu ghaib yang ada pada telur itu akan meresap masuk ke badan anda. Lebih baik tanam baldi bersama bunga dan telur itu. Biarlah bumi yang akan meneutralkan pengaruh jahat santau itu” ujar Prof.Dr.Hj Shahrin.

Cara mudah ini mungkin ada manafaatnya bagi anda. Paling tidak untuk anda menambahkan pengetahuan anda tentang wacana dunia ghaib. Yang pastinya, cara ini boleh digunakan untuk menghindari syak wasangka terhadap orang lain.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

nak tau nape aku bagi entry yg xceria ni?? sebab pakcik aku tengah menderita di santau org sekarang nih…..sungguh aku xsangka penyeksaan yang macam ni boleh menimpa keluarga aku….

awalnya pakcik aku ni ade cerita yang ade berlaku selisih faham ckit antara dia dengan kwn sekerja…tapi atas dasar iri hati ngan dendam, akgirnye pakcik aku ni di santau…..

aku pn xtau mcm mana segala penderitaan bermula hingga satu hari tu mak aku bgtau paksu aku ni masuk wad kat HSA…..tapi lepas pemeriksaan doktor, mereka tidak dpt mengesan penyakit paksu aku yg mase tu dh batuk2…berat badan pn dh susut….pastu aku dpt tau, paksu aku ni pergi ke hospital pakat Johor Specialist……kat ctu diorang jupe ade tumor kat bhg tekak paksu aku…..ngan bahagian dalam paru2….paksu aku menjalani pembedahan utk membuang tumor tu…..alhamdullilah tumar di bhg tekak dpt di buang…tapi kat paru2??? mereka cume dpt memberi ubat utk mengecutkan tumor2 tu……walau camana pun penyakit paksu aku belum dpt dikesan….. mase ni paksu aku da stat batuk kluar darah….darah nye beku ngan pekat gitu……

lepas tu pakcik aku dibenarkan balek, tapi kene dtg semula ke hospital beberapa hari selepas tu utk amik keputusan pemeriksaan….dlm pade tu, pakcik aku pergi berjumpa ustaz2 dan ahli perubatan ilmu ghaib sbagai usaha sampingan dan ape yg diperolehi adalah jwpn yg hampir sama….. di  masuki makhluk halus yg di hantar seseorang…..dlm pada tu, pihak hospital mengesahkan pakcik aku di serang cancer paru2……

mase tu keadaan pakcik aku dh makin teruk…..abg aku sndiri byk membantu menguatkan paksu aku yg sudah lemah fizikal….bayangkan seorang yg dulu nye ceria dgn berat badan 73kg dah berubah kepada seorang yg pendiam, pucat dgn berat badan 55kg……..mmg satu perubahan yang ketara kami sekeluarga rase kan…..

terus terang, aku xdapat nk menggambarkan keadaan pakcik aku yg sebenar….mungkin org yg pnah mengalami aje yg tau mcm mana penderitaan yg paksu aku alami….kesian aku nengok maksu aku dan anak2 mereka yg kecil2 tu……..dgn keadaan paksu aku yg xboleh nk mkn…..x boleh nk membaca al quran….sembahyang pn x boleh….banyak sangat halangan…….susah aku nk menceritakan semuanya…..

hari ni…paksu aku masih lagi dlm rawatan…kami sekeluarga bercadang utk membawa paksu ke klinik darussyifa’ Ustaz Haron Din kat Bangi….kami rindu paksu yang dulu……walaupun hari ni, bonda paksu meninggal di kampung (muar) kami harap paksu bersabar dan redha dgn pemergiannya…..sesungguh nya ini semua satu dugaan kepada kami sekeluarga juga kepada paksu sendiri…….

terima kasih kepada yg sudi membaca posting aku kali ni…aku harap korang doakan paksu aku cepat sembuh…walaupun raya tahun ni x seperti raya yang sebelum nye, aku harap paksu akn menjadi paksu kami sekeluarga seperti dulu….sihat…ceria……dan baik hati…….amiinnn…… :(

ni gambar paksu ketika sihat dgn keluarga nye…..kami semua dlm rombongan ke kelantan sempena majlis pertunangan abg aku…..mase ni paksu dh batuk2 tapi kami igt itu perkara biase……gambar di ambil mase bulan 6/2006……………………….

paksu   paksu-yg ujung 

 maksu 

 zul-anak sulung paksu  ainin-anak kedua paksu  azimatun-anak bongsu paksu

About these ads

9 Responses to “Santau”


  1. 1 numamya October 7, 2006 at 4:51 pm

    erkk..sedey lah cam ni…teruk betoll org yg buat paksu ko nih…:C…skang ni aku pun ngah batuk2…da dekat 2mgu gak laa..tp, aku rase dsebabkan jerebu kot…

  2. 2 bono201 October 7, 2006 at 8:38 pm

    santau?bahya ni…makan dlm…santau ni pembunuh senyap…haduhai…jaman moden camni pun takleh kikis kaedah blekmejik ni…

  3. 3 yann October 10, 2006 at 11:00 am

    tu la……
    hm….mkin kurus da paksu aku skarang….dia kate….hantu da mkn darah dia….watpe dia nk mkn…kalu dia mkn, sbnonye dia bg antu tu mkn…..tediam kitorang dengor… :(

    xtau la……xtau cmne nk wat lagi…..

  4. 4 jijah August 18, 2008 at 3:07 pm

    salam, kita org muar juge.saya turut simpati dengan apa yang berlaku.saya kini juga sedang mengikuti rawatan di Darul Syiffa,bangi.pada mulanya saya disahkan oleh doktor ,saya menghidap resdung yang seruis.tapi kemudian melarat batuk berkahak seperti nanah.kali pertama mendapat rawatan tepuk,ada macam macam benda keluar dari badan,dan kemudian saya diganggu jin.kali kedua rawatan,keluat pula dawai dan benda benda lain,kemudiannya juga diserang histeria.saya yakin dengan rawatan al Quran dan saya berserah kepada Allah.saya tak tahu apa puncanya saaya terkena santau.

  5. 5 Polek September 3, 2008 at 1:09 pm

    Santau ni memang ujud, aku masih berubat tiga bulan kene. Hari hari berlawan dengan jin. Rasa sakit cucuk sana sini, gatal seluruh badan. Selepas berubat masih ada lagi dalam badan aku. Ambil masa untuk keluarkan. Sapa -sapa nak cuba berubat boleh call Azi- 0133587842.

  6. 6 Polek September 3, 2008 at 1:31 pm

    Bermula aku mengalami migrain setiap hari, makan ubat migrain tak baik, Satu hari kawan aku kata aku kena santau, aku pun pi berubat dengan adik ipar, jin yang dihantar melawan. Hari hari terasa miang dan gatal sakit seluruh badan. Rupanya dia hantar miang buluh pada kami sekeluarga.Sekarang miang buluh telah dikeluarkan dia hantar benda lain pulak.Nampaknya aku terpaksa bertahan.Kalau sakit berterusan jumpalah dua-dua doktor.

  7. 7 saya May 14, 2011 at 8:16 pm

    kwn sy nk sntau org yg da brukkan nma dya. sy da pnat nshatkn dya.. humm..

  8. 8 eiykin_SUNsHinE July 2, 2012 at 2:46 pm

    eiykin pun dh kena santau.teruk sangat sekarang.dn sekarang eiykin tengah berubat,.mintak2 kwn2 doakn untuk eiykin supya eiykin cepat sembuh.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s





Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: